Tuesday 12 March 2013

Sejarah Penulisan & Penyusunan Al-Quran


Berbicara budaya menulis dan budaya menulis tentulah kita harus melihat sejarah kejadian tulis menulis terbesar umat Islam, tidak lain yaitu sejarah penulisan dan penyusunan Al-quran.

Zaman Rasulullah SAW.
Sejarah penulisan dan penyusunan dan penyebaran Al-Quran telah bermula dari zaman Rasulullah SAW. Pada zaman ini, penyusunan telah mula dilakukan oleh para sahabat Rasulullah SAW. Baginda menyuruh sahabat-sahabat agar menulis ayat-ayat Al-Quran pada tulang, pelepah-pelepah, batu, kulit-kulit binatang dan sebagainya. Rasulullah SAW juga menghafal ayat-ayat tersebut dan meminta para sahabat yang lain menghafal ayat-ayat Al-Quran.

Sahabat-sahabat yang menjadi para penulis wahyu pada masa itu ialah Umar bin Al-Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Muawiyyah bin Abi Suffian, Zaid bin Thabit dan sebagainya.

Rasulullah SAW melarang para sahabat menulis selain dari pada ayat Al-Quran karena khawatir akan bercampur aduk. Walau bagaimanapun pengumpulan Al-Quran di zaman Rasulullah bukan dalam bentuk mashaf seperti di zaman Saidina Utsman bin Affan karena jika terjadi kekeliruan, ia dapat diatasi langsung oleh Rasulullah SAW.

Zaman Khulafa Ar-Rasyidin
Selepas Rasulullah SAW wafat, Saidina Abu Bakar dilantik menjadi ketua khalifah yaitu pada tahun ke-11 hijrah. Pada zaman ini terjadi peperangan Riddah antara tentera Islam dan golongan yg murtad. Tidak sedikit tentera Islam yg hafaz Al-Quran telah gugur dalam perang dan ini menimbulkan kekhawatiran di hati Saidina Abu Bakar akan hilangnya Al-Quran.

Atas saran dan desakan Saidina Umar bin Al-Khattab, Khalifah Abu Bakar mengambil keputusan untukmengumpulkan/menyusun Al-Quran. Beliau telah memerinthkan Zaid bin Thabit, Ubay bin Kaab, Ali bin Abi Talib dan Uthman bin Affan untuk menjalankan tugas ini.

Khalifah Abu Bakar juga menetapkan bahawa penulisan Al-Quran harus berdasarkan sumber tulisan Al-Quran yg terdapat pada Rasulullah dan sumber hafalan para sahabat. Ayat yg ditulis harus disaksikan oleh dua orang saksi. Pengumpulan Al-Quran selesai dilakukan pada tahun ke-13 hijrah dan dinamakan mushaf. Setelah kematian Khalifah Abu Bakar, Mushaf Al-Quran disimpan oleh Khalifah Umar dan kemudian oleh Hafsah.

Al-Quran dikumpul ke-3 kalinya pada zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan. Ini karena pada masa itu negara Islam telah berkembang luas dan tidak sedikit bangsa yg bukan Arab telah memeluk islam. Ini mengakibatkan berlakunya perselisihan faham dari segi bacaan. Hudhaifah al-yaman telah memberitahu Khalifah Uthman tentang pertelingkahan orang-orang Syam dan Iraq tentang bacaan Al-Quran dan ini mendorong Khalifah Uthman membentuk satu “tim khusus” pengumpulan Al-Quran yg diketuai oleh Zaid bin Thabit. Beliau telah menyalin semula naskah yg ada pada Hafsah ke dalam lahjah Quraisy.

“Tim khusus” ini telah menyalin beberapa mashaf dan mashaf-mashaf yg lain dibakar untuk mencegah kekeliruan. Salinan-salinan mashaf ini kemudiannya diantar ke semua wilayah beserta dengan wakil untuk mengajarnya seperti ke Makkah, Syam, Bahrin, Yaman, Basrah dan sebuah mashaf ditinggalkan di Madinah sebagai rujukan. Mashaf ini telah dinamakan sebagai mashaf Utsmani.

Sejarah tentang pengumpulan Al-Quran ini dapat diketahui dengan jelas jika kita membaca kitab-kitab Arab seperti Tafsir wa Mufassirun, Mabahis fil ulum Quran, dan banyak lagi.

Sesungguhnya Al-Quran adalah kitab yg diturunkan oleh Allah dan merupakan mukjizat terbasar Nabi Muhammad SAW. Apalahartinya jika kita mengaku sebagaiorang islam tapi tidak membaca Al-Quran. Pastikan setiap hari kita baca Al-Quran walaupun hanya sekadar satu ayat.